Objektif
Dasar Amalan Perdagangan Adil (DAPA) diluluskan pada 26 Oktober 2005 untuk mencapai objektif dasar yang berikut:
- Menggalakkan dan melindungi persaingan dalam pasaran;
- Mewujudkan usahawan yang dinamik dan berdaya saing;
- Menyediakan peluang pasaran yang adil dan kompetitif untuk perniagaan;
- Menghalang amalan anti-persaingan termasuk yang berasal dari luar wilayah Malaysia dan menjejaskan wilayah tempatan;
- Menghalang amalan perdagangan yang tidak adil dalam ekonomi
- Menggalakkan hak-hak IKS untuk mengambil bahagian dalam pasaran;
- Menggalakkan kebajikan pengguna; dan
- Menggalakkan pertumbuhan sosio-ekonomi, menjana kecekapan dan kesaksamaan.