International Competition Network (ICN)

International Competition Network (ICN) merupakan salah satu rangkaian yang berdedikasi kepada amalan undang-undang persaingan antarabangsa di seluruh dunia yang merangkumi pelbagai bidang undang-undang persaingan dengan tujuan untuk membina kesepakatan dan penumpuan ke arah prinsip dasar persaingan yang lebih menyeluruh di seluruh komuniti persaingan global.

Rangkaian ini menggalakkan penglibatan ahlinya dalam projek fleksibel dan kumpulan kerja yang berasaskan hasil serta mengekalkan hubungan yang akrab di kalangan anggotanya. Kemudahan tetap seperti persidangan dan bengkel diadakan dari semasa ke semasa untuk ahli-ahlinya untuk bertukar-tukar pendapat mengenai isu-isu persaingan.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.internationalcompetitionnetwork.org