MyCC MELANCARKAN RUNDINGAN AWAM DALAM TALIAN TERHADAP PINDAAN AKTA PERSAINGAN 2010

KUALA LUMPUR, 26 APRIL 2022 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah memulakan proses pindaan Akta Persaingan 2010 dan telah melancarkan sesi rundingan awam dalam talian semalam untuk menjemput orang ramai dan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk mengambil bahagian dalam memberikan pendapat, pandangan, input dan maklum balas terhadap cadangan pindaan tersebut.