+603-2273 2277
Level 15, Menara SSM @Sentral
Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral,
Federal Territory of Kuala Lumpur
enquiries[at]mycc.gov.my
-A A +A

Akta Persaingan 2010 melarang perjanjian anti-persaingan dan penyalahgunaan kedudukan dominan dalam pasaran. Akta ini berkuatkuasa sejak 1 Januari 2012.

Warta Rasmi Pengecualian Blok bagi Perkhidmatan Pelayaran Tetap

Menurut Jadual Pertama kepada Akta Persaingan 2010, Akta ini tidak terpakai bagi aktiviti-aktiviti komersial yang tertakluk kepada Akta berikut:

  • Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;
  • Akta Suruhanjaya Tenaga 2001;
  • Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Peraturan-Peraturan Petroleum 1974 setakat yang aktiviti komersial yang dikawal selia di bawah perundangan ini berkaitan secara langsung dengan aktiviti mengeksplorasi, mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai Malaysia; dan
  • Akta Suruhanjaya Penerbangan Awam 2015.