+603-2273 2277
Level 15, Menara SSM @Sentral
Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral,
Federal Territory of Kuala Lumpur
enquiries[at]mycc.gov.my
-A A +A

GARIS PANDUAN HAK HARTA INTELEK DAN UNDANG-UNDANG PERSAINGAN OLEH SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 1 Januari 2011 di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010. MyCC berperanan untuk melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Persaingan 2010 (AP 2010). Melalui Seksyen 66 AP 2010 telah memperuntukkan bahawa MyCC mempunyai kuasa mengeluarkan garis panduan berhubung dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang persaingan.

Objektif utama undang-undang persaingan adalah mempromosikan dan melindungi proses persaingan di kalangan perusahaan melalui pencegahan tingkah laku anti-persaingan dan memastikan pasaran dan peruntukan sumber yang adil dalam masyarakat. Selain itu, undang-undang hak harta intelek menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi menerusi ciptaan baru, pembangunan teknologi serta meningkatkan kebajikan pengguna melalui kecekapan ekonomi, produk yang inovatif dan pelbagai pilihan bagi pengguna.

Sehubungan itu, MyCC telah menyediakan garis panduan undang-undang persaingan dan hak harta intelek yang bertujuan untuk mengharmonikan isu-isu yang berkemungkinan timbul antara prinsip persaingan dan hak harta intelek di samping memberi panduan kepada perusahaan mengenai pendekatan Suruhanjaya berkenaan isu tersebut.

Lanjutan itu, pihak industri yang berkepentingan khususnya pemilik dan pemegang lesen hak harta intelek, persatuan-persatuan industri hak harta intelek, industri farmaseutikal, badan-badan berkaitan, agensi-agensi Kerajaan, peguam hak harta intelek serta orang awam adalah dijemput untuk memberi pandangan dan maklum balas berhubung draf garis panduan berkenaan sebelum ia dimuktamadkan. Seranta awam ini akan dibuka bagi maklumbalas sehingga 18 Mei 2018.

Sila sertakan komen dalam fail Borang Maklumbalas yang disediakan, dan hantar ke [email protected] dalam format “word’ atau fax kepada +60322731692 sebelum atau pada 18 Mei 2018. Untuk memudahkan kompilasi komen anda, sila rujuk kepada bahagian dan/atau perenggan dalam draf garis panduan yang disediakan.


Download     Draft of Guidelines on Intellectual Property Rights and Competition Law