+603-2273 2277
Level 15, Menara SSM @Sentral
Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral,
Federal Territory of Kuala Lumpur
enquiries[at]mycc.gov.my
-A A +A

Peranan Suruhanjaya Persaingan Malaysia

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ialah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010. Peranan utamanya ialah untuk melindungi proses persaingan bagi kepentingan perniagaan, pengguna dan ekonomi.

Fungsi Utama Suruhanjaya

Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 memberi kuasa kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk menjalankan fungsi-fungsi seperti melaksana dan menguatkuasakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Persaingan 2010, mengeluarkan garis panduan berhubung pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang persaingan, bertindak sebagai penyokong untuk hal-hal berkaitan persaingan; menjalankan kajian am berhubung isu-isu yang berkaitan dengan persaingan dalam ekonomi Malaysia atau sektor-sektor ekonomi tertentu di Malaysia; memaklum dan mendidik orang awam berkenaan cara-cara yang mana persaingan boleh memberi faedah kepada pengguna dan juga ekonomi Malaysia.