
Dr Nasarudin dilantik sebagai anggota Suruhanjaya pada 1 Oktober 2017. Beliau ialah penolong profesor di Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau memperoleh ijazah LL.B (Kepujian) pada tahun 2002 dan Sarjana dalam Undang-undang Perbandingan pada tahun 2008 daripada UIAM. Beliau menerima PhD daripada Macquarie University of Sydney, Australia dalam bidang dasar persaingan dan undang-undang di Malaysia.
Beliau telah menulis sebuah buku bertajuk Undang-undang Persaingan di Malaysia (diterbitkan oleh Thomson Reuters) serta banyak artikel lain yang diterbitkan mengenaiundang-undang dan dasar persaingan Malaysia. Sebelum menyertai UIAM, Dr Nasarudin ialah peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya. Pada masaini, Dr. Nasarudin mengajar undang-undangsyarikat di peringkat sarjana muda, dan bidang yang diminatinya juga termasuk dasar dan undang- undang persaingan,perhubungan industri dan perbankan Islam.