Anggota Suruhanjaya

Dato Dr. Madeline Berma
Pesuruhjaya, Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia

Dato Dr. Madeline memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1982; dan kemudiannya menamatkan Sarjana Sastera di Universiti of Wisconsin- Madison, Amerika Syarikat, pada tahun 1986. Selepas itu, beliau menerima PhD dariUniversiti of Hull, England, pada tahun 1997. Dr. Madeline diberi penghargaan yang tinggi atas pengalaman akademiknya selama 35 tahun, yang mana beliau memegang pelbagai jawatan sepanjang tempohperkhidmatannya dengan UKM.

Pada masa ini, Dato Dr. Madeline ialahPesuruhjaya di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia dan merupakan seorang konsultan dengan NuMind Plus Training andConsultancy. Penerbitan dan penyelidikan beliau yang terdahulu mengkhusus dalam bidang ekonomi pembangunan,yang merangkumi bidang kemiskinan, ketidaksamaan, pembangunan luar bandar, pembangunan wanita dan komunititerpinggir. Beliau telah dianugerahkandengan tiga (3) pengiktirafan peringkat tinggi, iaitu Pingat Ahli Bintang Kenyalang (ABK), anugerah khas Pendidikan Wanita Sarawak, dan Tokoh Wanita Sempena Hari Pekerja (CUEPACS).