Anggota Suruhanjaya

Dato' Jagjit Singh A/L Bant Singh
Peguambela & Peguamcara
Jagjit Ariff & Co, Advocates and Solicitors

Dato’ Jagjit ialah rakan kongsi pengasas firmaguaman, Jagjit Ariff & Co. Beliau memiliki ijazah Sarjana Undang-undang dengan Merit(Perundangan Komersial dan Korporat- Harta Intelek) dari King’s College, Universityof London. Kepakaran beliau adalah dalam undang-undang dan aspek praktikal sertaprosedur dalam hal harta intelek. Dato’ JagjitSingh merupakan bekas Hakim dan telahberkhidmat dalam Perkhidmatan Kehakimandan Perundangan Malaysia selama 28 tahun dalam pelbagai jawatan, termasuk Peguam Kanan Persekutuan, Timbalan Peguam Perbendaharaan, Penasihat Undang-undang Kementerian Kesihatan, Timbalan PendakwaRaya dan Penolong Kanan Penggubal Undang-undang Parlimen.

Beliau juga merupakan ahli PasukanPetugas Hak Cipta Khas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dari tahun 1999 hingga 2001, Panel Jawatankuasa Pakar, Pusat Tindak Balas Kecemasan dan Keselamatan ICT Kebangsaan dari tahun 2001 hingga 2003 dan penasihat undang- undang kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 dan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2004. Beliau telah menulis buku bertajuk ‘The Practical Approach to the Enforcement of Intellectual Property Rights’ dan penulis bersama untuk buku bertajuk ‘Civil Trials Guidebook’.