Anggota Suruhanjaya

Dato' Seri Mohd Hishamudin Bin Md Yunus
Pengerusi

Dato’ Seri Mohd Hishamudin Md Yunus merupakan graduan undang-undang dari University of London dan beliau pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia, Ketua Pendaftar Mahkamah Agung, Peguam Kanan Persekutuan dan Presiden Mahkamah Sesyen. Dengan pengalaman undang- undang selama 45 tahun, beliau juga telah memperoleh pensijilan Timbang Tara Komersial Antarabangsa daripada Chartered Institute of Arbitrators, United Kingdom. Sepanjang perkhidmatannya di Mahkamah Tinggi, beliau telah menulis lebih 750 penghakiman yang telah dilaporkan dalam jurnal undang-undang.

Dato’ Seri Mohd Hishamudin Md Yunusjuga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Undang-undang kepada Kementerian Perusahaan Utama dan sebagai jurucakapmewakili negara-negara pengeluar getah di Rundingan Perjanjian Getah Asli di Switzerland. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Delegasi Institut Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI) ke Afrika Selatan sebelum menjadi Penimbang tara di Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur.