Sebut Harga Membekalkan Perkhidmatan Rekabentuk & Percetakan Buku Laporan Tahunan 2019 Bagi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

Sebut Harga MyCC (S) Bil.1/2020
Closing Date
Price Offered Condition
Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Berdaftar di Bawah kod bidang yang ditetapkan;dan
Tempoh pendaftaran dengan Kementerian Kewangan masih sah

Syarat-syarat, Arahan dan Maklumat lanjut mengenai pelawaan ini adalah dijelaskan di dalam Dokumen
Sebutharga dan boleh dimuat turun melalui laman sesawang MyCC, www.mycc.gov.my bermula pada 27 Julai
2020 hingga 6 Ogos 2020.

Kategori Teknikal dan Kategori Kewangan hendaklah di masukkan ke dalam sampul surat berasingan yang
berlakri dan ditandakan ”Kategori Teknikal” dan ”Kategori Kewangan” di sebelah kiri setiap sampul surat
berkenaan dan dialamatkan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia
(MyCC) Level 15 Menara SSM@Sentral, No. 7, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50623
Kuala Lumpur.

“Kategori Teknikal” dan “Kategori Kewangan” hendaklah disekalikan dalam sampul bersaiz besar berlakri
(sealed) ke dalam Peti Sebut Harga di Unit Perolehan, MyCC seperti alamat di atas tidak lewat daripada jam
12.00 tengah hari pada 6 Ogos 2020. Dokumen Tawaran Sebut Harga yang lewat diterima tidak akan
dipertimbangkan.