Sejak ditubuhkan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) terlibat secara aktif dan cergas dalam forum serantau dan antarabangsa yang berkaitan dengan Competition Policy and Law (CPL) seperti Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC), ASEAN Experts Group on Competition (AEGC), International Competition Network (ICN), United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD), Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) and East Asia Top Level Officials' Meeting on Competition Policy (EATOP). Penyertaan ini membolehkan MyCC untuk mengikuti perkembangan dan trend terkini yang bersama-sama membolehkan MyCC untuk secara aktif menyumbangkan kepakaran dan pengalamannya dalam mempromosikan Competition Policy and Law (CPL) secara serantau dan antarabangsa.