Datuk Mairin bin Idang @ Martin yang berasal dari Kota Kinabalu telah memulakan perjalanan kerjaya beliau setelah didaftarraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Borneo (kini dikenali sebagai Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak) pada 23 Februari 1982. Beliau seterusnya mula berkhidmat sebagai pembantu peguam di beberapa firma guaman sebelum dilantik menjadi peguam tunggal di Messrs Idang & Co. pada 2 Februari 1988. Pada tahun 1991, firma beliau telah bergabung dengan firma lain dan membentuk firma Messrs Richard Malanjum Idang Rantau & Co. Beliau kekal sebagai rakan kongsi di firma tersebut sehingga dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada 12 November 2013. Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 2018 sehingga bersara pada 21 November 2020. Pada tahun 2022, beliau kembali meneruskan amalan undang-undangnya sebagai Peguambela dan Peguamcara di firma Messrs MIRAM & Co. sehingga kini.
Datuk Mairin Bin Idang @ Martin
Perunding
Messrs MIRAM & Co.