KARTEL GUDANG DI PELABUHAN KLANG DISIASAT DAN DIDENDA

KUALA LUMPUR, 9 OGOS 2021 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan penalti kewangan berjumlah bermula dari RM26,363.03 sehingga RM336,369.13 terhadap tujuh (7) pengusaha operator gudang kerana penglibatan mereka dalam kartel penetapan harga berhubung dengan perkhidmatan pengendalian muatan panjang dan muatan berat kargo import dan eksport di Pelabuhan Klang.