MyCC KENAKAN DENDA RM10.3 JUTA KE ATAS DAGANG NET

KUALA LUMPUR, 26 FEBRUARI 2021 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah membuat keputusan mengenakan denda berjumlah RM10.3 juta ke atas Dagang Net Technologies Sdn Bhd (Dagang Net) kerana telah menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui perjanjian secara eksklusif.