MyCC MENERIMA PELBAGAI ADUAN BERKAITAN ISU PERKHIDMATAN P-HAILING

KUALA LUMPUR, 26 JULAI 2021 – Berikutan rintihan masyarakat baru-baru ini mengenai kualiti perkhidmatan, pengenaan caj komisen yang tinggi dan harga makanan dan minuman yang dikenakan oleh syarikat penghantaran makanan di atas platform tertentu, Suruhanjaya Persaingan Malaysia ("MyCC") telah dan sedang aktif mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pihak berkepentingan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkara-perkara berkenaan.