MyCC MENGANJURKAN SIRI KULIAH KEDUA PROFESOR RICHARD WHISH TENTANG PENGGABUNGAN DAN EKONOMI DIGITAL DALAM UNDANGUNDANG PERSAINGAN

KUALA LUMPUR, 12 JANUARI 2023 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah menganjurkan Siri Kuliah Kedua Profesor Richard Whish yang memberi fokus kepada “Penggabungan dan Ekonomi Digital dalam Undang-undang Persaingan” yang telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, di Hotel Le Meridien, pagi ini.