MyCC MERANGKA KEUTAMAAN MASA DEPANNYA

KUALA LUMPUR, 13 DISEMBER 2021 – Mengakhiri proses yang meluas dan menyeluruh, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) secara rasmi telah melancarkan Pelan Strategik MyCC bagi tahun 2021 - 2025, yang merangka bidang utama serta hala tuju MyCC bagi tempoh lima tahun akan datang. Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan dengan jayanya oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Dato’ Rosol Wahid di Hotel DoubleTree, Kuala Lumpur.