Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ditubuhkan pada 1 April 2011 dan ditugaskan untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 (AP 2010). Fungsi utamanya adalah untuk melindungi proses persaingan dalam pasaran komersial demi kebaikan perniagaan dan pengguna serta ekonomi secara keseluruhan.