FOKUS PENYIASATAN MyCC TERHADAP INDUSTRI AYAM

KUALA LUMPUR, 29 APRIL 2022 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) memandang serius kenyataan yang dilaporkan oleh pelbagai saluran media baru-baru ini mengenai siasatan terhadap industri ayam. Daripada laporan tersebut, terdapat spekulasi mengenai maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan berhubung perkara ini.