LAPAN KONTRAKTOR BAKAL BERDEPAN DENGAN PENALTI KEWANGAN KERANA TIPUAN BIDA

KUALA LUMPUR, 23 APRIL 2024 - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengeluarkan Keputusan Cadangan pada 16 April 2024 terhadap lapan kontraktor atas pelanggaran seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (CA 2010) kerana terlibat di dalam aktiviti tipuan bida pada tahun 2019..