MyCC ANJUR SEMINAR TIPUAN BIDA DAN PEMATUHAN PERSAINGAN DI SABAH

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah menganjurkan satu kursus kepada pegawai-pegawai Kerajaan yang terlibat secara langsung dalam proses perolehan. Siri Seminar 2019: Katakan Tidak Kepada Tipuan Bida ini adalah julung-julung kalinya MyCC mengadakan program advokasi di Sabah dan bakal diteruskan di Tawau dan Sandakan. Di samping itu, MyCC juga turut melancarkan laman sesawang serta Sistem e-Pembelajaran Pematuhan Persaingan yang telah diperbaharui dan ditambahbaik. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah dan disaksikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan YBhg. Dato’ Seri Mohd Hishamudin Md Yunus, Pengerusi MyCC.