MyCC BERSAMA PENGGUNA TEGAS BERKENAAN ISU TOUCH ‘N GO

KUALA LUMPUR, 21 MAC 2023 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menyambut baik komitmen YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk segera meneliti isu monopoli Touch n Go dalam sistem pembayaran tol dan pengangkutan awam termasuk mempertimbangkan sistem pembayaran alternatif lain untuk merangsang persaingan dalam pasaran tersebut.