MyCC MENGELUARKAN KEPUTUSAN CADANGAN TERHADAP TUJUH PERUSAHAAN BAGI TIPUAN BIDA

KUALA LUMPUR, 19 DISEMBER 2023 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mengeluarkan Keputusan Cadangan terhadap tujuh (7) perusahaan yang terlibat aktiviti tipuan bida melibatkan empat (4) tender untuk pembekalan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia yang dianggarkan berjumlah RM20.8 juta.