Pengumuman

KUALA LUMPUR, 7 MEI 2025 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mengumumkan pelancaran kaji selidik berskala nasional berikutan pelaksanaan Kajian Semula Pasaran Ekosistem Ekonomi Digital, yang dijalankan di bawah seksyen 11 Akta Persaingan 2010. Kajian ini yang telah bermula pada Julai 2024 dan dijangka selesai pada Disember 2025, bertujuan untuk menilai struktur pasaran dan dinamik persaingan merentasi lima subsektor kritikal yang menjadi tulang belakang pasaran digital di Malaysia. Lima subsektor tersebut adalah:

(i)...+more

Pengumuman

KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2025 - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), telah mengeluarkan Keputusan Cadangan terhadap 22 perusahaan kerana terlibat dengan perjanjian penetapan harga bagi penyediaan perkhidmatan pusat penjagaan kanak-kanak di Kuala Lumpur dan Selangor. Perusahaan-perusahaan tersebut, pada peringkat keputusan cadangan ini, didakwa telah melanggar seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712).

Melalui penyiasatan MyCC, bukan sahaja terdapat...+more

Pengumuman

KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2025 - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), telah mengeluarkan Keputusan Pelanggaran terhadap lapan (8) perusahaan semalam iaitu pada 27 Februari 2025 kerana melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) dengan terlibat dalam kartel tipuan bida yang melibatkan dua (2) tender yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), iaitu CENTRAL SPINE ROAD; Pakej 3: Gua Musang Kelantan ke Kg Relong, Kuala Lipis Pahang Seksyen 3B dan 3C KM 180.5 FT08 ke Bulatan...+more

Mengenai Kami

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ditubuhkan pada 1 April 2011 dan ditugaskan untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 (AP 2010). Fungsi utamanya adalah untuk melindungi proses persaingan dalam pasaran komersial demi kebaikan perniagaan dan pengguna serta ekonomi secara keseluruhan.