KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2025 - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA) semalam telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai langkah memperkukuh kerjasama strategik dalam meningkatkan kefahaman dan pematuhan terhadap Akta Persaingan 2010, di samping memperkasakan amalan tadbir urus korporat dalam sektor korporat.
Majlis Menandatangani MoU yang berlangsung di Bangunan MAICSA, Kuala Lumpur ini telah ditandatangani oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Idrus bin Harun, Pengerusi...+more