Pengumuman

KUALA LUMPUR, 30 SEPTEMBER - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), telah mengeluarkan Keputusan Cadangan terhadap 81 perusahaan kerana terlibat dengan perjanjian penetapan harga bagi penyediaan perkhidmatan perjalanan umrah di Malaysia bermula pada 2023. Perlakuan kartel mereka boleh dianggap sebagai pelanggaran di bawah seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712).

Melalui penyiasatan pada peringkat Keputusan Cadangan ini, MyCC mendapati bahawa kesemua perusahaan ini yang...+more

Pengumuman

KUALA LUMPUR, 12 SEPTEMBER – Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 September 2024 telah menolak permohonan Semakan Kehakiman yang difailkan terhadap keputusan Dapatan Pelanggaran yang dikeluarkan oleh MyCC pada 2021 terhadap lima pengusaha gudang yang terlibat dalam kartel penetapan harga berkaitan perkhidmatan pengendalian muatan panjang dan muatan berat kargo import dan eksport di Pelabuhan Klang.

Pada tahun 2017, MyCC telah menyiasat tujuh pengusaha gudang berikutan penerimaan laporan terdapat kemungkinan aktiviti...+more

Pengumuman

KUALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), telah mengeluarkan Keputusan Cadangan terhadap tiga perusahaan atas pelanggaran seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) kerana terlibat dalam aktiviti kartel tipuan bida yang melibatkan enam tender kerja-kerja penyenggaraan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPJ). Jumlah keseluruhan tender ini dianggarkan bernilai kira-kira RM45 juta yang melibatkan dua tender pada tahun 2018, tiga tender pada tahun 2019 dan...+more

Pengumuman

KUALA LUMPUR, 5 SEPTEMBER – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), sebuah agensi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), hari ini mengeluarkan Keputusan Dapatan Pelanggaran terhadap tujuh (7) perusahaan yang didapati melanggar seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) kerana terlibat dalam aktiviti kartel tipuan bida yang melibatkan empat (4) tender yang ditawarkan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) dengan nilai keseluruhan sekitar RM20 juta pada tahun 2017 dan 2020.

Perusahaan-perusahaan yang terlibat adalah seperti berikut:

i. Agenda...+more