KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2025 - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (“MyCC”), sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (“KPDN”), telah mengeluarkan Keputusan Pelanggaran pada 7 Julai 2025 terhadap tiga (3) perusahaan kerana melanggar seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) kerana terlibat dalam kartel tipuan bida yang melibatkan enam (6) tender yang dikeluarkan oleh Perbadanan Putrajaya (“PPj”) antara tahun 2018 dan 2021 yang bernilai RM44,845,284.80. Tiga perusahaan tersebut ialah Abadi Malaysia Sdn. Bhd. (Abadi Malaysia), Kota...+more
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ditubuhkan pada 1 April 2011 dan ditugaskan untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 (AP 2010). Fungsi utamanya adalah untuk melindungi proses persaingan dalam pasaran komersial demi kebaikan perniagaan dan pengguna serta ekonomi secara keseluruhan.